sedang lidah jua bibir lagi tergigit...

mengidam mimpi bahagia
pasangan dalam gelora ujian
bertimpa menerpa
suri teresak menahan
jatuh kita wajib bangkit semula
bintang-bintang dalam mimpi
lewat malam itu
bagai pesona dua cinta

lelaki itu kehanyutan
dalam cinta, masa dalam usia
arus bersiur melekakan jiwa
apa maunya
apa mimpinya suri jua
tiada terbaca

istana pasir
belum jua tua purnama
bisa hakis dikikis
ilmu bersuami
ilmu beristeri
masing-masing tiada digri
cepat latah hati berkudis prejudis

suri ini jua tidak betah menahan gusar
pada itu ini
laku sang suami yang suka sendiri
suka sembunyi

kita ini masih baru
mendaki rumah bertangga seribu
10 anak tangga sudah haru
apa mungkin kita ke situ?

segenap hati suri
ada cinta suami
tiada mengira apa jua duri
terpijak dicabut diubati kembali

adapun pada suami
hujung senyumnya ada cinta
suri yang teguh di sisi
kala cahaya pudar warna


sabar izzati!

sabarlah..sabarlah...
kerana aku tahu Allah Maha Tahu
kerana Allah Tuhanku
kerana aku dariNya

walau menyucuk sengsara
merentap saraf kekejangan
aku trus tegar lawan

kadang aku wanita biasa
lemah pada hati
kecundang dalam emosi

sedang ramai mencipta kejayaan
aku bertatih mengharap ihsan
belas dari Tuhan

tunjukkan daku
sinar hujung jalan
dalam kelam pekat malam

hubby yang xjadi pulang

org kata penantian satu penyeksaan.btullah tu..
awalnya janji betolak balik trganu lunch hour td skali tuka plan.lmbt plak informnya.ibu siap msk kari ikn merah lg utk mnntu yg kata nk balik mlm ni.hmm esok xjnji la ada lg. esok juga aku ke UCSI,marang.ada 1day course.apa2jela.tak sabar nk dgr pnjelasan dia je.bl msg2 bz, ruang utk perbincangan itu sgt tidak ada.msg2 letih bckp byk.geram juga ada!hihi.kt plan lain dia plak plan lain.slalu kt la yg kna ngalah.

biarkan

aku akan mmbiarkan sahaja pelajar dan ibubapa sombong yg tidak memahami situasiku. biarkan mereka pergi kerana aku tidak akan rugi.tinggallah pelajar2 yang ingin bersamaku. akan aku tumpukan pada mereka ini yang lebih memahami.pergilah kerana aku bkn org yang rugi

aku tidak mandul!

innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun

innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun.mndapat khabar kematian bapa sahabat serumah sewaktu di mtrix.lin, trus tabah!

ibu oh ibu



awal malam itu, tersentak dari lena
dikejut mimpi hiba

meluru aku ke segenap sudut
mencari susuknya
diusik kerinduan menerpa
sebak menjiwa

hanya dia
dialah ibu
dialah ratu

maafkan daku andai ibu terluka
aku anak banyak menerima
sedang ibu mengutis rasa

ngeh ngeh ngeh...


hehe. bleh ke macam ni? kicking off mazmumah

kata bertingkah, lidah terbelit, hati terguris

harini kelainan dibawa guru music kami sewaktu latihan speech choir mendatangkan rs tidak senang bkn saja di kalangan peserta mlh sebilangan kecil guru. saya bukan subversif apatah lagi gemar membangkang.tp percambahan idea adalah sesuatu yg baik dalam organisasi. tetapi mungkin juga yg memberi idea dan membuat pembaharuan seharusnya peka dgn 'persekitaran'. :)

bukanlah sesuatu yang enak melihat wajah2 kerut yg kehairanan dengan pembaharuan. duduklah berbincang.sesungguhnya saya -
tidak suka tersepit!